HafizBlogs.blospot.com

Followers

AL-FATIHAH


KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Zami Ismail ataupun dikenali dengan gelaran Pak Uda menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara sekitar jam 10.15 pagi ini.
Sebab kematian Allahyarham yang berusia 67 tahun ialah serangan jantung.


Sebelum ini, Pak Uda yang mula mencipta nama menerusi drama komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dilaporkan  koma di wad kecemasan Hospital Selayang.
Allahyarham juga menghidapi penyakit asma dan bronkitis.
Allahyarham mula bergiat aktif di dalam bidang seni pada tahun 1980-an.
Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham berlakon dalam banyak drama, filem dan teater antaranya ialah Hantu Kak Limah Balik Tumah, Salam Pantai Timur, Teater Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu, filem Dunia Baru The Movie dan terbaru, Shh…Dia Datang arahan Saiful Apek yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Membintangi hampir 17 filem dan puluhan drama tempatan, Allahyarham pernah dinobatkan Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Mat Som.
Sementara, menurut laporan Bernama, anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.
Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.
Ahmad Yamashita berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia.
“Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar,” katanya di rumah mayat IJN.
Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.
Opie ketika ditemui menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat.
“Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami,” katanya.
Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang turut berada di IJN berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.
“Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau,” katanya.
Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

sumber : mynewshub.my



Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

Comments
0 Comments
HafizBlogs.Blogspot.com

0 comments:

Post a Comment