HafizBlogs.blospot.com

Followers

Jin Tidak Dirantai

Gangguan JIN dan MAKHLUK HALUS pada individu yang terkena sihir 
tidak berhenti pada bulan Ramadhan

"apabila tiba bulan puasa, maka terbuka semua pintu syurga dan tertutup semua pintu neraka
manakala syaitan-syaitan dirantai"


GANGGUAN
Pengamal perubatan Islam Pusat Rawatan Islam At Tobibi,

 "Apabila tiba bulan Ramadhan, ramai kaum muslimin 
berlumba-lumba melakukan ibadat termasuklah mereka 
yang malas pada bulan-bulan yang lain"

Maka dari situlah para syaitan yang sudah berjanji pada Allah s.w.t untuk menghasut manusia di bumi ini bersedih kerana ramai yang patuh pada Tuhan.

  • Ada pendapat mengatakan bahawa syaitan sebenarnya telah diikat oleh amalan kita pada bulan puasa
  • Mereka tidak boleh menghasut kita apabila hati kita kuat dalam melakukan ibadat dan meninggalkan kejahatan

SIHIR
      Ada pendapat lain mengatakan bahawa syaitan benar-benar dibelenggu kerana Allah tidak mahu mereka menggangu manusia beribadat. Biarpun masih ada kejahatan yang dilakukan oleh manusia pada bulan ini, jelasnya perkara ini berlaku kerana sifat buruk yang ada pada diri manusia itu sendiri.

      Sihir ini digerakkan oleh 4 pihak iaitu Syaitan,Jin,Bomoh dan orang yang mempunyai Hasad Dengki. Jin bertindak sebagai khadam yang menerima arahan daripada tukang sihir.Arahan itu pula dibuat oleh si pendengki yang ingin menjatuhkan seseorang itu.Dalam melakukan sihir, jin bertindak sebagai makhluk yang menerima arahan. Disebabkan sifat jin yang tidak nyata itu membolehkan ia melakukan kejahatan batin.





"Jin melakukan kejahatan apabila diarah oleh tuannya, manakala Syaitan pula menghasut manusia melakukan kejahatan"







Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

Comments
0 Comments
HafizBlogs.Blogspot.com

0 comments:

Post a Comment