HafizBlogs.blospot.com

Followers

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Pertubuhan Melayu MURTAD!! telah ditubuhkan...


Suruhanjaya Antara Kepercayaan/Interfaith Commission(IFC)


Apa itu IFC?

  • IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religious Council (IRC) - adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama (termasuk aduan orang Islam terhadap agama Islam dan orang Islam).
Siapa yang mencadang IFC?

  • IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.

Tuntutan IFC kepada PM

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak bolehdididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam katanak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nakjadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dahdigazetkan dalam Perlembagaan Negara. 

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
to be continue......













Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

Steve Jobs Pengasas "Apple" Mati!!


Steve Jobs, jutawan dan juga pengasas kepada Apple dan 'mastermind' kepada revolusi dunia siber, telefon dan juga industri musik, telah meninggal dunia di California pada usia 56 tahun.


Jobs stepped down in August as chief executive of the company he helped set up in 1976, citing illness. He had been battling an unusual form of pancreatic cancer, and had received a liver transplant in 2009.
Jobs wrote in his letter of resignation: "I have always said if there ever came a day when I could no longer meet my duties and expectations as Apple's CEO, I would be the first to let you know. Unfortunately, that day has come."
Apple released a statement paying tribute to Jobs: "Steve's brilliance, passion and energy were the source of countless innovations that enrich and improve all of our lives … The world is immeasurably better because of Steve."
Bill Gates, the former chief executive of Microsoft, said in a statement that he was "truly saddened to learn of Steve Jobs's death".
He added: "The world rarely sees someone who has had the profound impact Steve has had, the effects of which will be felt for many generations to come.
"For those of us lucky enough to get to work with him, it's been an insanely great honour. I will miss Steve immensely."
He is survived by his wife, Laurene, and four children. In a statement his family said Jobs "died peacefully today surrounded by his family … We know many of you will mourn with us, and we ask that you respect our privacy during our time of grief".
Jobs was one of the pioneers of Silicon Valley and helped establish the region's claim as the global centre of technology. He founded Apple with his childhood friend Steve Wozniak, and the two marketed what was considered the world's first personal computer, the Apple II.
He was ousted in a bitter boardroom battle in 1985, a move that he later claimed was the best thing that could have happened to him. Jobs went on to buy Pixar, the animation company behind Finding Nemo, Cars and Toy Story and maker of some of the biggest blockbusters in cinema history.
He returned to Apple 11 years later when the company was being written off by rivals. What followed was one of the most remarkable comebacks in business history. Apple was briefly the most valuable company in the world earlier this year, knocking oil giant Exxon Mobil off the top spot. The company produces $65.2 billion a year in revenue compared with $7.1 billion in its business year ending September 1997.
Starting with his brightly coloured iMacs, Jobs went on to launch hit after hit. In the process he transformed personal computing. Then came the success of the iPod, which revoltionised the music industry, leading to a collapse in CD sales and making Jobs one of the most powerful voices in an industry he loved. His firm was named in homage to the Beatles' record label, Apple. But it wasn't a complement that the Fab Four appreciated. The two were engaged in a lengthy legal battle which finally ended last year when the Beatles allowed iTunes to start selling their back catalogue.
Jobs initially hid his illness but his startling weight loss started to unnerve his investors. He took a six month medical leave of absence in 2009, during which he received a liver transplant, and another medical leave of absence in mid-January before stepping down as chief executive in August.

Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

Jin Tidak Dirantai

Gangguan JIN dan MAKHLUK HALUS pada individu yang terkena sihir 
tidak berhenti pada bulan Ramadhan

"apabila tiba bulan puasa, maka terbuka semua pintu syurga dan tertutup semua pintu neraka
manakala syaitan-syaitan dirantai"


GANGGUAN
Pengamal perubatan Islam Pusat Rawatan Islam At Tobibi,

 "Apabila tiba bulan Ramadhan, ramai kaum muslimin 
berlumba-lumba melakukan ibadat termasuklah mereka 
yang malas pada bulan-bulan yang lain"

Maka dari situlah para syaitan yang sudah berjanji pada Allah s.w.t untuk menghasut manusia di bumi ini bersedih kerana ramai yang patuh pada Tuhan.

  • Ada pendapat mengatakan bahawa syaitan sebenarnya telah diikat oleh amalan kita pada bulan puasa
  • Mereka tidak boleh menghasut kita apabila hati kita kuat dalam melakukan ibadat dan meninggalkan kejahatan

SIHIR
      Ada pendapat lain mengatakan bahawa syaitan benar-benar dibelenggu kerana Allah tidak mahu mereka menggangu manusia beribadat. Biarpun masih ada kejahatan yang dilakukan oleh manusia pada bulan ini, jelasnya perkara ini berlaku kerana sifat buruk yang ada pada diri manusia itu sendiri.

      Sihir ini digerakkan oleh 4 pihak iaitu Syaitan,Jin,Bomoh dan orang yang mempunyai Hasad Dengki. Jin bertindak sebagai khadam yang menerima arahan daripada tukang sihir.Arahan itu pula dibuat oleh si pendengki yang ingin menjatuhkan seseorang itu.Dalam melakukan sihir, jin bertindak sebagai makhluk yang menerima arahan. Disebabkan sifat jin yang tidak nyata itu membolehkan ia melakukan kejahatan batin.





"Jin melakukan kejahatan apabila diarah oleh tuannya, manakala Syaitan pula menghasut manusia melakukan kejahatan"







Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

HafizBlogs 100 Follower { Bella }


Setelah 1 Bulan, 1 minggu 5 Hari blog ini dilancarkan
jumlah pengunjung akhirnya telah mencecah ke angka 100!!



Haha... sukanya dalam hati, sebenarnya saya ternanti-nanti saat nie.
Present dah pun buat,


This is for you... Love it?

Hey it's nice to great your followers you know?


Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

Bapa Bersekedudukan Sehingga Lahir 3 Zuriat

KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.
Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.
Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.
Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.
Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.
“Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.
“Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu,” kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.
Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.
Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.
Source: Harian Metro

Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

AL-FATIHAH


KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Zami Ismail ataupun dikenali dengan gelaran Pak Uda menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara sekitar jam 10.15 pagi ini.
Sebab kematian Allahyarham yang berusia 67 tahun ialah serangan jantung.


Sebelum ini, Pak Uda yang mula mencipta nama menerusi drama komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dilaporkan  koma di wad kecemasan Hospital Selayang.
Allahyarham juga menghidapi penyakit asma dan bronkitis.
Allahyarham mula bergiat aktif di dalam bidang seni pada tahun 1980-an.
Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham berlakon dalam banyak drama, filem dan teater antaranya ialah Hantu Kak Limah Balik Tumah, Salam Pantai Timur, Teater Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu, filem Dunia Baru The Movie dan terbaru, Shh…Dia Datang arahan Saiful Apek yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Membintangi hampir 17 filem dan puluhan drama tempatan, Allahyarham pernah dinobatkan Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Mat Som.
Sementara, menurut laporan Bernama, anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.
Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.
Ahmad Yamashita berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia.
“Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar,” katanya di rumah mayat IJN.
Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.
Opie ketika ditemui menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat.
“Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami,” katanya.
Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang turut berada di IJN berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.
“Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau,” katanya.
Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

sumber : mynewshub.my



Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

Shabu-Shabu Steambot

Assalamu'alaikum... Salam Sejahtera.

5 Hari saya bercuti lepas habis exam minggu lepas.. Dapat gak relax2 kat rumah.

Saya kalau balik rumah memang tak lepas bertandang ke kedai SHABU-SHABU.


Shabu-Shabu Steambot nie menyediakan servis Stembot secara Buffet..

Wah... macam xpercayakan? Cubelah kome p mane-mane kedai steambot takkan jumpa kedai 

yang macam ni.. Kome boleh makan sampai termuntah-muntah dengan harga RM12 je seorang.

budak-budak bawah "100cm" percuma je makan.

Tak percaya?? tengok nie >>>



LOKASI : MANJUNG, PERAK

Makan dan makan TAPI!! jika kome makan tak habis @ membazir

kome akan dicas RM5 bagi setiap 100gram makan tak habis..

Jad kalau nak makan tu ingat-ingat jangan sampai nafsu menguasai diri... 

tapi saya makan pun gila-gila juga.. haha..




Saya dan Adik... (^_^)

Sape-Sape yang nak tahu pape tentang SHABU-SHABU STEAMBOT nie...

PM saya kat FB : Lovelesscry@myspace.com

Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

Kenapa Hati Tak Bahagia


Sebab-Sebab Kenapa HATI TAK BAHAGIA!!!

EGO
RIAK
TAMAK
PEMARAH

CINTA DUNIA 

PENDENDAM 
HASAD DENGKI
BAKHIL @ KEDEKUT
TIDAK SABAR

Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

Bolehkah Suami Isteri Melihat Filem Lucah



Boleh ke pasangan suami isteri melihat video lucah untuk mempelajari 
cara-cara hubungan sex????


Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana:


Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"

Baju GenG Blogger Crewz Dah Keluar

Assalamualaikum... haa kali nie kepada kome yang kaki blog tu...

BAJU GENG BLOGGER CREWZ dah keluar untuk dimiliki oleh anda!!!

Kalau nak tahu mcm mana Smart baju Geng Blogger Crewz.... Tgk kat bawah ni


Harga Die mmg Murah RM25 je...

Dari saiz XS----3XL

Untuk maklumat lanjut..jom layari blog owner baju nie


Mulakan Dengan "Bismillah"...Akhiri dengan "Alhamdulillah"